Wednesday 23 November 2016

kenali Daerah Tambuan.

Gambar 1: kedudukan daerah Tambunan dalam peta Sabah.
Daerah Tambunan yang terletak di negeri Sabah. Daerah ini berada pada kedudukan garis lintang 5◦ 40◦ 26.47”U dan garis menegak 116◦ 21.53.58”T. Ianya terletak diantara daerah Keningau dengan daerah Ranau. Dianggarkan bahawa daerah ini terletak 81 km dari Kota Kinabalu dan akan mengambil masa selama 2 jam lebih dengan kelajuan sederhana bagi perjalanan daripada Kota Kinabalalu untuk sampai ke daerah ini.
Gambar 2: Kawasan penanaman padi di Tambunan.
Dari aspek kependudukan, dianggarkan bahawa terdapat 19, 760 penduduk pada tahun 1991. Kebanyakan daripada penduduknya ialah daripada Kaum Dusun dan majoritinya beragama Kristian dengan Islam. Daerah ini di kelilingi oleh sawah padi dan 70 buah perkampungan. Daripada tinjauan saya sendiri, pekerjaan penduduk di daerah ini adalah petani, iaitu giat dalam penanaman padi, kelapa sawit, getah, sayur-sayuran dan terdapat juga penduduk yang berkerja dengan kerajaan ataupun sektor swasta.

Gambar 3: Monumen Tamadon dan Gombunan
Daerah Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan  Borneo. Dari segi fizikal daerah ini masih lagi dikelilingi dengan pokok-pokok menghijau kerana terletak pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Seterusnya, di sebelah timur daerah ini ialah terletaknya Gunung Trus Madi (2462 meter), merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah selepas Gunung Kinabalu. Selain itu, daerah Tambunan juga mempunyai  sungai yang boleh membantu menyerdahanakan suhu, iaitu Sg. Dalungan, Sg. Kaingaran dan Sg.Tondulu. Bagi aspek ciri budaya, daerah ini yang mengalami kepesatan pembangunan telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sekolah, balai bomba, balai polis dan bangunan kedai-kedai. Bangunan kongkrit seperti Pejabat Daerah Tambunan dan Pejabat Pelajaran Daerah juga banyak didirikan di Pekan Tambunan yang merupakan pusat pentadbiran Daerah ini.







Gunung Trus Madi di Tambunan.


Gunung Trus Madi adalah gunung kedua tertinggi (2462 meter) selepas gunung kinabalu di Sabah. gunung Trus Madi ini terletak di bahagian timur daerah Tambunan. Sekiranya anda seorang pendaki yang sukakan keindahan alam semula jadi, datanglah ke Tambunan untuk mendaki Gunung Trus Madi yang menjanjikan pemandangan semula jadi yang sangat mengkagumkan.
Gambar 1: Pandang darat fizikal gunung Trus Madi.
Gambar 2: laluan yang disediakan untuk menaiki gunung Trus Madi.

Gunung Trus Madi memiliki 5 peringkat kawasan hutan, iaitu dipterokap campuran Tanah rendah (lowland mixed dipterocarps), hutan dipterokap bukit bercampur (hill mixed dipterocarp forest), hutan gunung bawah (lower montane forest), hutan gunung atas (upper montane forest ) dan puncak gunung (summit scrub). Periuk kera (Nepenthes x trusmadiensis) ialah antara tumbuhan unik yang menarik perhatian para pengunjung di kawasan ini kerana ianya merupakan hybrid secara semula jadi di antara Nepenthes lowii dan Nepenthes macrophylla dan hanyalah terdapat di kawasan pergunungan ini.
Gambar 3: periuk kera yang terdapat di kawasan pergunungan Trus Madi.

Setelah mencapai puncak Gunung Trus Madi pada waktu subuh, cuaca mengizinkan, anda untuk terpesona dengan vista keindahan Gunung Kinabalu yang terletak kira-kira 40 kilometer ke utara-an dan ini sekali gus menjadikan pendakian pengunjug menjadi sangat berbaloi, bermanfaat dan menarik!
Gambar 4: Pemandangan daripada puncak Gunung Trus Madi pada waktu Pagi.


Sumber: Sabah tourism board official website.





Air Terjun Mahua


Air Terjun Mahua terletak Kampung Patau Tambunan. Masa yang diambil untuk sampai ke kawasan ini daripada Kota Kinabalu adalah selama 2 jam. Air terjun mahua adalah kawasan rekreasi yang menjadi pilihan orang ramai di sekitar Tambunan kerana suasana hutan hijaunya yang sejuk disertakan dengan bunyi aliran air terjun mahua  yang sangat jernih dan mendamaikan. Pengunjung akan berjalan kaki menyusuri laluan pejalan kaki sejauh 500m untuk sampai ke kawasan tersebut. Sementara itu, pengunjung boleh menikmati keindahan pokok-pokok besar yang terpelihara serta keindahan bunga rafflesia sepanjang menyusuri laluan tersebut. bunga Rafflesia banyak di kawasan ini kerana Di sini juga terletaknya pusat pemeliharaan bunga bagi banjaran crocker. suasana mendamaikan ini menarik perhatian daripada orang ramai di sekitarnya  untuk melakukan aktiviti santai seperti berkelah dan mandi-manda pada hujung minggu. aktiviti-aktiviti lain juga sesuai dijalankan  seperti wedding photoshot, seminar dan acara privasi.





Gambar 1: Pemandangan Air Terjun Mahua yang Sangat mempersonakan.
Gambar 2: Aktiviti berkelah di kawasan air terjun mahua
Gambar 3: Papan tanda Air terjun Mahua.
Gambar 4: Laluan yang disediakan untuk ke Air Terjun Mahua.
Gamabar 5: Aliran air sungai daripada Air Terjun Mahua
Gambar 6: Bunga Rafflesia yang terdapat di kawasan air terjun mahua.

Air terjun mahua menyediakan kawasan penginapan bagi pelancong yang ingin bermalam serta tapak perkemahan bagi sekolah yang ingin mengadakan program di kawasan ini. aktiviti seperti jungle tracking juga boleh dijalankan di kawasan ini tetapi peserta hendaklah berhati-hati kerana terdapat banyak pacat di kawasan hutan ini.
Gambar 7: Gazebo yang boleh digunakan oleh para pengunjung.

Gambar 8: Rumah penginapan yang disediakan untuk pengunjung

Batu Gong

keunikan kawasan Tambunan juga di tambah lagi dengan kewujudan batu gong yang dikatakan boleh berbunyi seperti paluan gong orang dusun. Batu gong tersebut dijumpai pada awalnya di kampung Solibog Tambunan. terdapat cerita-cerita yang mengaitkan asal usul pembentukan batu gong tersebut yang menjadi persoalan para pengunjung  dan ini menjadikan ianya sesuatu yang sangat menarik.


Gambar 1: Batu Gong

Gambar 2: Gong masyarakat kadazandusun.


Keunikan batu gong ialah penghasilan 7 bunyi yang berlainan tetapi  sama seperti paluan gong masyarakat kadazandusun di Sabah. Klik sini  bagi melihat bagaimana batu gong tersebut menghasilkan bunyi yang unik. Walau bagaimana pun, pengunjung yang hendak melawat batu gong ini hendaklah mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh orang tua-tua yang terdahulu kerana dikhuatiri mereka yang melangar peantang tersebut akan mendapat malapetaka.

Tugu Peringatan Mat Salleh

Gambar 1: Gambaran Mat Salleh

Tambunan turut mempunyai lokasi unik yang menyimpan sejarah berharga, iaitu terdapatnya tugu peringatan Mat Salleh. Tugu peringatan Mat Salleh telah dibina bagi memperingati jasa ataupun sumbangan beliau yang telah terkorban dalam menentang penjajahan inggeris di sabah pada masa yang lalu dan tugu tersebut terletak di Kampung Tibabar Tambunan merupakan kubu terakhir binaan Mat salleh. Tambunan adalah kawasan yang telah dipilihnya untuk menjadi kubu pertahanan dan struktur kubu binaannya tersebut sangat sukar untuk ditembusi kerana diperbuat daripada batu bata, kayu serta buluh yang tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru dikawal, terdapat terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia untuk meminta bantuan-bantuan senjata ,makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini dijadikan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. 

Gambar 2: Pakaian kebal Mat salleh

Mat Salleh adalah orang sulu yang beragama islam dan dipercayai pakaian Mat Salleh yang mengandungi tulisan Jawi telah membantu beliau menjadi kebal kepada apa jua jenis ancaman termasuk tembakan pistol. Hal ini kerana, beliau telah diserang semasa mengambil wuduk dan baju kebalnya telah ditanggalkan.

Gambar 3: Tugu Peringatan Mat Salleh.

Gambar 4: Bangunan di kampung Tibabar Tambuana yang menempatkan Tugu Peringatan Mat Salleh.

walaupun Mat Salleh terkorban semasa menentang pihak inggeris, namun perjuangannya tidak sia-sia kerana nama beliau telah dijulang sebaga pejuang kemerdekaan yang berani untuk menentang pendudukan inggeris yang telah menjajah negeri Sabah pada masa lalu.


Sumber: http://bluerians96.blogspot.my