Wednesday 23 November 2016

kenali Daerah Tambuan.

Gambar 1: kedudukan daerah Tambunan dalam peta Sabah.
Daerah Tambunan yang terletak di negeri Sabah. Daerah ini berada pada kedudukan garis lintang 5◦ 40◦ 26.47”U dan garis menegak 116◦ 21.53.58”T. Ianya terletak diantara daerah Keningau dengan daerah Ranau. Dianggarkan bahawa daerah ini terletak 81 km dari Kota Kinabalu dan akan mengambil masa selama 2 jam lebih dengan kelajuan sederhana bagi perjalanan daripada Kota Kinabalalu untuk sampai ke daerah ini.
Gambar 2: Kawasan penanaman padi di Tambunan.
Dari aspek kependudukan, dianggarkan bahawa terdapat 19, 760 penduduk pada tahun 1991. Kebanyakan daripada penduduknya ialah daripada Kaum Dusun dan majoritinya beragama Kristian dengan Islam. Daerah ini di kelilingi oleh sawah padi dan 70 buah perkampungan. Daripada tinjauan saya sendiri, pekerjaan penduduk di daerah ini adalah petani, iaitu giat dalam penanaman padi, kelapa sawit, getah, sayur-sayuran dan terdapat juga penduduk yang berkerja dengan kerajaan ataupun sektor swasta.

Gambar 3: Monumen Tamadon dan Gombunan
Daerah Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan  Borneo. Dari segi fizikal daerah ini masih lagi dikelilingi dengan pokok-pokok menghijau kerana terletak pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Seterusnya, di sebelah timur daerah ini ialah terletaknya Gunung Trus Madi (2462 meter), merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah selepas Gunung Kinabalu. Selain itu, daerah Tambunan juga mempunyai  sungai yang boleh membantu menyerdahanakan suhu, iaitu Sg. Dalungan, Sg. Kaingaran dan Sg.Tondulu. Bagi aspek ciri budaya, daerah ini yang mengalami kepesatan pembangunan telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sekolah, balai bomba, balai polis dan bangunan kedai-kedai. Bangunan kongkrit seperti Pejabat Daerah Tambunan dan Pejabat Pelajaran Daerah juga banyak didirikan di Pekan Tambunan yang merupakan pusat pentadbiran Daerah ini.







1 comment: